Satu pagi di Jewel of India

2 minggu telah berlalu sejak siri pertama Kisah-kisah Teladan dipaparkan di blog ni. Berbagai macam reaksi yang diterima, ada yang layannnn tidak kurang juga yang memandang dengan skeptikal (meh, kesah haper aku orang nak skeptikal2 pon). Hingga kini sudah 2 episode siri ini dihasilkan manakala episode seterusnya masih dalam proses 'story-boarding'. Pagi tadi, secara kebetulan semasa bersarapan di Jewel of India, cafe makanan halal popular students Muslim di University of Auckland aku telah berjumpa dengan seorang pro. Ya, beliau adalah seorang yang sangat PRO dalam bidang beliau.

GAMING.

Terlihat saja kelibat beliau, **ding**...mentol idea bersinar, mula ber-kelip2-pan memikirkan fantasi ala-ala game untuk kisah seterusnya. Aku berfikir "isk...baik aku guna kepakaran budak ni utk video merepek aku nanti". Jadi tanpa berlengah beliau di-approach, "Weh Abe Sola, nanti aku nak minx idea kepakaran game ko untuk cite aku lepas ni boleh x?". Beliau tergelak kecil dan mengangguk tanda setuju. "Yes, siri seterusnya pasti gempak",kata isi hatiku.

Entah mengapa aku makin serius dengan hobi videografi ni. Baru sahaja selesai windows shopping beberapa props untuk digunakan dalam siri berikutnya. Episode seterusnya akan lebih banyak menggunakan chroma-keying effects. Jika anda tidak mengetahui apakah itu chroma-keying, sila baca posting saya yang lepas. Penggambaran dan proses editing untuk episode seterusnya mungkin mengambil masa agak lama berbanding 2 episode terdahulu sebab sekarang ni banyak la pule assignment menimbun tapi sudah pasti sebab yang paling utama adalah untuk menghasilkan sabuah kisah teladan yang hebat. hahahaha

0 comments: