BLOG MOVED !!!!!

Sila maklum blog ini telah berpindah ke
http://mekanismahidup.com

Moving into a NEW House

Yada2...blog ini akan ditutop hujung minggu ini untuk berpindah ke website DOT COM yang baru. Perpindahan adalah proses upgrade untuk memberi lebih kebebasan ber-blogging. Setakat ini baru selesai proses menyewa hosting dan domain name yang baru. Website tersebut masih dalam pembikinan dan dijangka siap dalam minggu ini. Announcement baru akan dibuat once the new website is up n ready. Until then, stay tuuuuuneddddd.....

Satu pagi di Jewel of India

2 minggu telah berlalu sejak siri pertama Kisah-kisah Teladan dipaparkan di blog ni. Berbagai macam reaksi yang diterima, ada yang layannnn tidak kurang juga yang memandang dengan skeptikal (meh, kesah haper aku orang nak skeptikal2 pon). Hingga kini sudah 2 episode siri ini dihasilkan manakala episode seterusnya masih dalam proses 'story-boarding'. Pagi tadi, secara kebetulan semasa bersarapan di Jewel of India, cafe makanan halal popular students Muslim di University of Auckland aku telah berjumpa dengan seorang pro. Ya, beliau adalah seorang yang sangat PRO dalam bidang beliau.

GAMING.

Terlihat saja kelibat beliau, **ding**...mentol idea bersinar, mula ber-kelip2-pan memikirkan fantasi ala-ala game untuk kisah seterusnya. Aku berfikir "isk...baik aku guna kepakaran budak ni utk video merepek aku nanti". Jadi tanpa berlengah beliau di-approach, "Weh Abe Sola, nanti aku nak minx idea kepakaran game ko untuk cite aku lepas ni boleh x?". Beliau tergelak kecil dan mengangguk tanda setuju. "Yes, siri seterusnya pasti gempak",kata isi hatiku.

Entah mengapa aku makin serius dengan hobi videografi ni. Baru sahaja selesai windows shopping beberapa props untuk digunakan dalam siri berikutnya. Episode seterusnya akan lebih banyak menggunakan chroma-keying effects. Jika anda tidak mengetahui apakah itu chroma-keying, sila baca posting saya yang lepas. Penggambaran dan proses editing untuk episode seterusnya mungkin mengambil masa agak lama berbanding 2 episode terdahulu sebab sekarang ni banyak la pule assignment menimbun tapi sudah pasti sebab yang paling utama adalah untuk menghasilkan sabuah kisah teladan yang hebat. hahahaha

Kisah-kisah Teladan Episode 2

Nampaknya episode 2 Kisah-kisah Teladan terlewat sehari dari release date iaitu semalam. Kelewatan yang tidak dapat dihalang ini banyak disebabkan oleh masalah teknikal iaitu laptop yang semakin dimamah usia. Disebabkan action element yang digunakan adalah dalam kualiti HD (high definition), laptop yang berusia hampir 3 tahun ini mengalami semput yang sgt serius untuk memproses footage.

Penggambaran untuk episode 2 ini selesai jam 6 petang semalam, dan proses edit mengambil masa selama hampir 5 jam (sekali lagi untuk scene special effect dengan duration kurang 1 saat).huhu..lepas ni tanak kutuk Cicak-man dah. Susah rupanya untuk membuat benda2 ni dan banyak flaw atau composition tidak realistik dalam episode ini. Saya akan terangkan behind-da-scene jika saya mempunyai masa (xjanji). hahaha

Ok.sekali lagi ingin diingatkan jika anda mempunyai sebarang idea untuk dijadikan siri kisah-kisah teladan sila inform pada saya. Ingat cerita tersebut mestilah memberi teladan sahaja. Cerita suka-suka tanpa mesej tidak akan dilayan. Sekian.

Kisah-kisah Teladan, Episode 2 : Adat berziarah

Kisah-Kisah Teladan Episode 2 (Teaser)

Salam. Minggu ini seperti dijanjikan episode yang ke-2 Kisah-kisah Teladan akan di-releasekan. Episode ke-2 ini walaupun belum menjalani penggambaran tetapi dijangka masih dapat disiapkan on schedule. Teaser bagi episode 2.....sila lihat gambar di bawah.
Apekah alat tersebut? Apakah yang akan berlaku? Adakah Supir akan kembali? Nantikan episode 2 Kisah-kisah Teladan esok.

Kisah-kisah Teladan Episode 1

Salam semua. Apa khabar? Ya, sudah genap setahun sejak entry terakhir saya dipaparkan. Blog ini telah pun berhabuk setebal beberapa inci. hahaha. Mungkin saya sibuk dengan projek2 terbaru sepanjang setahun yang lepas, mungkin saya bercuti ke kepulauan Sumatera di mana tiada sambungan internet yang dapat menghubungkan saya dengan pembaca2 sekalian, mungkin juga saya tidak beberapa sihat, mungkin saya tidak beberapa rajin. MUNGKIN.

Baiklah, saya secara tiba2 rasa ingin berkongsi kisah2 teladan di Auckland ini. Kisah-kisah yang akan dipaparkan mungkin menggambarkan realiti sebenar kehidupan student secara khususnya di sini. Mungkin juga tidak. Sekali lagi MUNGKIN. Installment episode pertama ini dirakam secara tidak sengaja, suka-suka. Pada mulanya niat saya hanyalah untuk belajar aplikasi kesan khas dalam sesebuah movie jadi saya telah meminta seorang sahabat saya menjadi aktor dalam proses pembelajaran tersebut. Entah bagaimana niat yang asal tadi telah bertukar untuk menghasilkan sebuah karya pendek dan saya ingin berkongsi karya tersebut dengan pembaca-pembaca blog ini =>

Oh ya, jika anda mempunyai apa-apa idea menarik yang boleh dikategorikan sebagai kisah-kisah teladan, sila komen di ruangan ini ataupun sampaikan melalui email atau berjumpa terus dengan saya. Tidak lupa, saya juga sedang merekrut pelakon-pelakon untuk menjayakan sebuah kisah pendek sempena Roadshow Palestine (maklumat lanjut layari www.beliacergas.com) pada bulan hadapan. Cerita tersebut pastinya sarat dengan elemen-elemen 'special effects' ala-ala Hollywood, Bollywood, Malaywood juga tidak lupa Tiger Wood. Penggambaran dijangka bermula pada cuti spring akan datang and its gonna be fun =>

Sedikit sebanyak tentang episode satu kisah-kisah teladan ini, saya tidak mempunyai masa untuk menghasilkan effect yang begitu teliti (walaupun hanya untuk 1 saat tapi agak leceh) tapi pada pandangan saya sudah mencukupi untuk untuk sebuah kisah pendek ini. Saya belum mempunyai masa untuk meng-edit 'behind-the-scene' footage (sangat kelakar melihat ragam pelakon-pelakon) tapi once completed saya akan update entry ini.

Saksikan Kisah-kisah teladan, Episode 1 : Supir yang stress