Coretan Graduasi

Hollaa everyone. I suppose this is the most anticipated weekend for the mechi students after working hard completing their 2nd design project (ngeh...u better start working on the 3rd by now ). It was the University Graduation Day a few days back...yeayy...so excited and I can't help myself from jumping happily,doink doink doink (since it was a day off for the students,hehe). Btw,I truly want to express my sincere congratulation to all my seniors who graduated this year.

FYI,this post was not written by me.2 days ago I was standing in front of a gunpoint when someone forced me and said "Syamim, you better post what I've written into your blog or else expect to be home with your head blown". I was like "OK2, i'll do everything you want me to.Please spare my life".So scared that I actually dedicated some space for his thought.Nah, of course it was just a made up story Happy happppyyy !!


By : Anonymous

Aku berjalan-jalan di Albert Park pada suatu petang selepas pulang dari universiti, ingin mengambil angin kata orang. Ku lihat ramai kelibat manusia di Albert Park, semuanya berpakaian jubah hitam berbual-bual, mengambil gambar bersama-sama kawan dan keluarga. Semuanya wajah berseri-seri, bergelak ketawa dan riang ceria. Aku pun tumpang gembira mengamati suasana meriah itu. Detik hatiku,” Tentu seronok kalau dapat datang balik untuk majlis graduasiku nanti bersama-sama ahli keluargaku.”

Tiba-tiba, entah mengapa terlintas di benak fikiranku satu kisah graduasi yang diceritakan di dalam Quran dari Surah Ali-Imran.

3:104. Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

3:105. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah bercerai-berai dan berselisihan (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah) dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar.

3:106. (Ingatlah akan) hari (kiamat yang padanya) ada muka (orang-orang) menjadi putih berseri dan ada muka (orang-orang) menjadi hitam legam. Adapun orang-orang yang telah hitam legam mukanya, (mereka akan ditanya secara menempelak): PATUTKAH KAMU KUFUR DAN INGKAR SESUDAH KAMU BERIMAN? Oleh itu rasalah azab seksa Neraka disebabkan kekufuran kamu itu.

3:107. Adapun orang-orang yang telah putih berseri mukanya, maka mereka berada dalam limpah rahmat Allah (Syurga), mereka kekal di dalamnya.

3:108. Itulah ayat-ayat keterangan Allah, kami bacakan ia kepadamu (wahai Muhammad) dengan benar dan (ingatlah), Allah tidak berkehendak melakukan kezaliman kepada sekalian makhlukNya.

Terus hatiku sayu dan hampir bergenang air mataku memikirkan keadaan manusia pada hari graduasi itu. Aku,kamu bahkan ramai lagi umat Islam yang telah pun mendapat petunjuk yang nyata, tetapi mengabaikan ajaran-ajaran petunjuk suci itu. Al Quranul Karim. Astaghfirullah. Patutkah aku kufur dan ingkar sesudah aku mengaku beriman?

Ku putar cakera liut kehidupanku di dalam benak fikiranku, terbayang segala kekufuranku dahulu terhadapMu. Nikmat ilmu, aku kufur dengan tidak mengamalkannya. Nikmat masa, aku kufur dengan membazirkan masa lapang yang aku ada dengan perkara yang sia-sia. Nikmat kesihatan, aku kufur dengan melakukan maksiat terhadapMu. Nikmat persaudaraan, aku kufur dengan menggunakannya terhadap perkara keburukan. Solat dan puasa pun sekadar cukup syarat. Itu pun banyak yang ditinggalkan dengan sengaja (dengan menggunakan alasan aku tidak mampu dan lemah).

Mengapa aku selalu berpaling dari ajaranMu ya Allah walaupun telah ku tahu, dan telah banyak kali ku diperingatkan. Sebodoh-bodoh haiwan pun tahu bersyukur dengan mengikut Sunnatullah. Aku seolah-olah tidak sedar yang kematian sangat hampir, sentiasa mengekoriku di mana sahaja aku berada. Itulah punca kekufuranku, cinta dunia mengatasi cinta sejati terhadap Ilahi. Seolah-olah aku akan hidup selama-lamanya. Padahal tidak sanggup untuk ke merasai walau sesaat azab nerakamu itu ya Allah.

Ya Allah, pada hari graduasi kunanti di padang Mahsyar, jadilah aku termasuk dalam golongan orang-orang yang wajah berseri-seri mukanya, seperti mana graduan-graduan di hadapanku yang begitu gembira bagaikan bulan jatuh ke riba. Bahkan jadikanlah aku lebih gembira daripada mereka ini, kegembiraan yang berkekalan dan abadi. Jadikanlah aku termasuk dalam golongan yang berjaya di dunia dan di akhirat. Perteguhkanlah dan tetapkanlah keyakinanku terhadap janjiMu pada hari graduasi nanti.

3:104. Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan MEREKA yang bersifat demikian ialah ORANG-ORANG yang BERJAYA.

3:108. Itulah ayat-ayat keterangan Allah, kami bacakan ia kepadamu (wahai Muhammad) dengan BENAR dan (ingatlah), Allah tidak berkehendak melakukan kezaliman kepada sekalian makhlukNya.

Doa; 3:8. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

Amin.

0 comments: